Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    108 belia Brunei terima biasiswa Hengyi Industries

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Seramai 108 belia Brunei telah dianugerahkan biasiswa Hengyi Industries Sdn Bhd (Hengyi Industries) di bawah program biasiswa bersama Universiti Brunei Darussalam (UBD) – Universiti Zhejiang (ZJU) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) – Universiti Teknologi Vokasional Petrokimia Lanzhou (LPUVT).

    Majlis penandatanganan telah berlangsung di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Brunei di mana syarikat berkenaan turut menyampaikan sumbangan berjumlah $50,000 kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) bagi menyokong pembangunan sekolah istimewa pertama di negara ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Turut hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong.

    Majlis menyaksikan seramai 34 orang pelajar dari UBD dan 74 orang pelajar dari IBTE menandatangani program biasiswa berkenaan, dengan disaksikan oleh tetamu kehormat dan Timba-lan Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi Industries, Xu Ye.

    Sehingga kini, seramai 161 orang pelajar telah dianugerahkan biasiswa di bawah Program Biasiswa Bersama UBD-ZJU dan 145 orang pelajar di bawah Program Biasiswa Bersama IBTE-LZU.

    Pada masa ini, 127 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian dan menjadi sebahagian daripada jurutera dan pengendali Hengyi Industries yang berkemahiran tinggi.

    Selepas tamat pengajian, para pelajar akan ditawarkan peluang pekerjaan di Hengyi Industries.

    Selepas penandatanganan, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan yang diserahkan oleh Xu Ye kepada Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin.

    Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi Industries menyaksikan penandatanganan biasiswa berkenaan.
    Xu Ye menyerahkan sumbangan kepada Pengiran Datin Hajah Noraini sambil disaksikan Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah dan PYT Yu Hong.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...