Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    8 keluarga, 10 anak yatim terima sumbangan Hengyi

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Hengyi Industries Sdn Bhd (Hengyi) mengadakan kempen sumbangan untuk keluarga kurang berkemampuan dan anak yatim di Kampung Serasa hari ini.

    Penyampaian sumbangan diadakan di rumah Pemangku Ketua Kampung Serasa, Awang Abdul Hamid bin Haji Zainin.

    Semasa acara itu, Hengyi menyerahkan sumbangan wang berjumlah $7,000 kepada lapan buah keluarga kurang berkemampuan dan 10 anak yatim.

    Sumbangan itu diserahkan oleh Pengarah Hal Ehwal Am dan Setiausaha Syarikat, Li Peng dan Pengarah Sumber Manusia, Alan Goh kepada penerima.

    Kempen tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Hengyi di bawah inisiatif Hengyi Cares sejak 2015 yang bertujuan untuk memberi kembali kepada masyarakat dan membantu meringankan beban mereka yang memerlukan sebagai persediaan Aidilfitri nanti.

    Li Peng dan Alan Goh bergambar bersama salah sebuah keluarga yang menerima sumbangan Hengyi. – Gambar serahan Hengyi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...