Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Hengyi Industries rai 37 pelajar UBD

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Hengyi Industries Sdn Bhd (Hengyi Industries), hari ini, telah mengadakan majlis tamat pengajian bagi seramai 37 orang pelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang mengikuti Program Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan Proses setelah berjaya menamatkan pengajian mereka di Universiti Zhejiang (ZJU).

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan (ILIA), UBD ialah Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle.

    Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Dekan Fakulti Integrated Technologies, UBD, Dr Juliana Haji Zaini; dan Dekan Kejuruteraan Kimia dan Biologi, ZJU, Profesor Youqing Shen.

    Kemudian, Dayang Siti Sarah binti Mohammad Hussin dan Abigail Lee Xin, wakil pelajar daripada kumpulan ke-7 dan ke-8, masing-masing menyampaikan ucapan di mana mereka merakamkan ucapan terima kasih kepada

    Hengyi Industries kerana memberikan biasiswa kepada mereka dan pensyarah atas komitmen mereka dalam memberikan bimbingan dan pendidikan yang tidak ternilai.

    Acara diteruskan dengan penyam-paian sijil tamat pengajian ZJU kepada para pelajar yang diraikan dan diikuti dengan sesi bergambar-ramai.

    Kesemua pelajar berkenaan telah mendaftar di bawah Program Biasiswa Bersama, yang ditubuhkan oleh Hengyi Industries dengan kerjasama UBD dan ZJU pada Mac 2014 dengan objektif untuk membantu memupuk bakat tempatan yang lebih mahir dengan menyediakan platform di mana mereka boleh melengkapkan diri dengan pengetahuan teknikal dan latihan melalui kursus ijazah empat tahun yang dibiayai sepenuhnya.

    Para pelajar berkenaan telah menamatkan pengajian satu setengah tahun pertama mereka di UBD, serta satu setengah tahun pembelajaran dalam talian dengan ZJU. Setelah berjaya menamatkan pengajian, mereka ditawarkan peluang pekerjaan dengan Hengyi Industries.

    Dr Hazri menyampaikan sijil tamat pengajian kepada salah seorang pelajar UBD yang diraikan.
    Dr Hazri bergambar ramai bersama pelajar-pelajar kumpulan ke-7 program biasiswa berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...