Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Hengyi turut beramal hulur sumbangan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Hengyi Industries Sdn Bhd (Hengyi), baru-baru ini, telah mengadakan kempen sumbangan kepada 20 orang anak yatim dan keluarga kurang bernasib baik yang terpilih sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat tersebut.

    Dalam kempen sumbangan yang dilaksanakan selama dua hari itu, Hengyi telah menyumbangkan sebanyak $7,600 kepada anak-anak yatim dan keluarga terpilih di samping kit perlindungan diri seperti pelitup muka, pensanitasi tangan dan kit ujian pantas antigen (ART) sebagai usaha untuk terus bersama-sama mengamalkan langkah berwaspada terhadap jangkitan COVID.

    Menurut kenyataan Hengyi, sumbangan berkenaan telah diagihkan oleh kakitangan Hengyi kepada penerima khususnya yang menetap di sekitar Pekan Muara dan Kampung Serasa.

    Dengan perlaksanaan kempen yang telah dilancarkan sejak 2015 itu, Hengyi berharap ia akan menyemai kebaikan dan kemurahan hati dalam kalangan kakitangan dalam usaha memberikan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik pada bulan suci Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

    Kakitangan Hengyi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima. – Gambar serahan Hengyi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...