Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Peluang tambah ilmu di China

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Tiga penerima Program Biasiswa Hengyi-UBD-ZJU yang dijangka akan membuat penerbangan ke China hari ini untuk melanjutkan pelajaran selama setahun dalam Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan Proses, rata-ratanya mengongsikan perasaan teruja dapat peluang bertuah itu semasa ditemu bual oleh Media Permata.

    “Ini adalah peluang yang sangat baik untuk meningkatkan pengetahuan kami di bawah Hengyi Industries.

    “Hengyi merupakan syarikat petrokimia yang masih berkembang namun ia juga menyediakan peluang kepada generasi muda untuk menyumbang kepada syarikat dan negara.”

    Demikian telah dikongsikan oleh salah seorang penuntut Universiti Brunei Darussalam (UBD), Jerick Yap Raymundo, semasa majlis penandatanganan biasiswa yang diadakan kelmarin, di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Brunei, Jerudong.

    Beliau yang merupakan salah seorang daripada 30 penerima biasiswa tersebut, meluahkan perasaan gembiranya atas peluang bernilai yang diberikan itu.

    Jerick Yap Raymundo (kiri), Awang Hasmi Wafi Fadhlullah (kanan) dan Lim Jia Xin semasa ditemui Media Permata, kelmarin.

    Dengan persediaan awal mempelajari Bahasa Cina di UBD, Jerick, 21 tahun, juga berharap dapat merasai gaya hidup dan budaya Cina ketika berada di Universiti Zheijiang (ZJU) nanti.

    Manakala seorang lagi penerima biasiswa, Awang Hasmi Wafi Fadhlullah bin Haji Elmy Fazlin, 20 tahun, berharap untuk menimba lebih banyak pengetahuan dan pengalaman semasa belajar di China.

    “Ini merupakan peluang keemasan bagi kami untuk diambil bekerja oleh Hengyi Industries.

    “Pada zaman sekarang di mana sukarnya untuk mendapatkan pekerjaan, Hengyi membukakan peluang kepada kami melanjutkan pelajaran (di luar negeri) dan memberikan pekerjaan setelah itu,” kongsinya.

    Apabila ditanya mengenai bagaimana mereka akan berkomunikasi di China khususnya sepanjang berada di ZJU, beliau mengongsikan bahawa mereka diperlukan untuk mempelajari Bahasa Cina terlebih dahulu di Pusat Bahasa, UBD.

    Sebagai seorang anak tempat Melayu, Awang Hasmi Wafi Fadhlullah mengongsikan, “Ia bukanlah suatu yang mudah untuk belajar dari kosong, akan tetapi ia juga adalah satu peluang untuk mempelajari bahasa baharu.”

    Manakala, seorang lagi penerima biasiswa, Lim Jia Xin semasa ditemui mengongsikan, “Saya berasa amat bersyukur kerana diberikan peluang oleh Hengyi Industries.

    “Saya juga ingin memperoleh ilmu yang baharu semasa menuntut di ZJU nanti dan berharap untuk mempelajari lebih mendalam mengenai budaya di China.”

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...