Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Persiapkan belia tempatan dalam sektor tenaga

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Hengyi Industries Sdn Bhd telah mengambil bahagian sebagai salah seorang penceramah untuk Simposium Tenaga semasa Minggu Tenaga sempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022.

    Dengan tema ‘Mempersiapkan Bakat Tempatan dalam Sektor Minyak dan Gas’, simposium itu menampilkan empat penceramah yang terdiri daripada wakil syarikat dan jabatan di sektor tenaga.

    Turut hadir sebagai moderator bagi sesi simposium itu ialah Timbalan Pengarah Bahagian Tenaga di Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Hazman bin Haji Junit.

    Menurut kenyataan Hengyi Industries, pada simposium tersebut, syarikat berkenaan diwakili oleh Legal Counsel, Pengiran Siti Rosanidah binti Pengiran Haji Idris yang menekankan tentang peranan Hengyi Industries bagi memenuhi Maqasid Syariah, terutamanya dalam pemeliharaan dan promosi intelek melalui komitmen syarikat ke arah pertumbuhan dan pembangunan belia tempatan yang berkemahiran.

    Beliau seterusnya menyentuh aspek-aspek utama yang lain dalam Maqasid Syariah dan bagaimana ia sejajar dengan aspirasi syarikat.

    Inisiatif dan peluang yang ditawarkan oleh Hengyi Industries untuk membantu menyiapkan belia tempatan bagi pekerjaan juga diketengahkan semasa simposium berkenaan yang antaranya dengan memberikan tawaran biasiswa dan program kerjasama,
    latihan dan peluang pekerjaan langsung.

    “Hengyi Industries telah menubuhkan tiga program biasiswa dan kerjasama bersama dengan institusi tempatan dan luar negara, dan pelajar diletakkan di bawah Hengyi Industries sebaik saja mereka menamatkan kursus,” jelasnya.

    Pengiran Siti Rosanidah semasa menyampaikan pembentangan pada simposium yang diadakan baru-baru ini. – Gambar oleh Izah Azahari
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...