Hengyi bantu keluarga kurang berkemampuan, anak yatim





Siaran Akhbar dan Foto : Hengyi Industries Sdn. Bhd.

 


KAMPUNG SERASA, Selasa, 11 April. - Hengyi Industries Sdn. Bhd. (Hengyi) mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Derma untuk keluarga kurang berkemampuan dan anak yatim di Kampung Serasa.

 

Penyampaian sumbangan berkenaan diadakan di kediaman Pemangku Ketua Kampung Serasa, Awang Abdul Hamid bin Haji Zainin.

 

Pada majlis berkenaan, Hengyi menyampaikan sumbangan wang berjumlah BND7,000 kepada lapan buah keluarga kurang berkemampuan dan 10 orang anak yatim.

 

Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Pengarah Hal Ehwal Am dan Setiausaha Syarikat, Li Peng; dan Pengarah Sumber Manusia, Alan Goh, kepada para penerima.

 

Ditubuhkan pada tahun 2015, Kempen Pemacuan Derma adalah sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Hengyi di bawah inisiatif Hengyi Cares dengan tujuan untuk memberi kembali keceriaan kepada masyarakat selain membantu meringankan beban keluarga dan anak yatim yang memerlukan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

 

Menerusi inisiatif berkenaan, Hengyi juga turut menyasarkan untuk menyemai budaya memberi dalam kalangan kakitangannya terutama pada bulan Ramadan yang mulia.


Close